E-Nadi: Berita UDA

OKTOBER 2019

  • THE TEAM

Editorial
Radziah Mohamed Fadzil
Mohammad Hazrell Baddaron
Nor Akmalia Husaini

Contributors
Anita Ismail
Aina Naseha Zamri
Nor Akmalia Husaini

 

Creative & Images
Nor Akmalia Husaini
Akhmal Burhanuddin

Dalam edisi ini…

Oktober 2019

UDA Cares – do good.feel good
Konvoi Amal Kasih UDA Land (North) Sdn Bhd

Kredit : Anita Ismail

Click Here

UDA Cares – do good. feel good
 UDA Waqf & Kumpulan Pembangunan Perniagaan sertai
International Coastal Clean-Up Day (ICC)

Kredit : Aina Naseha Zamri

Click Here

UDA Cares – Educational
 Majlis Pelantikan Sekolah Angkat UDA & Majlis Anugerah Kecemerlangan

Kredit : Nor Akmalia Husaini

Click Here

Future SME Conference @ PICC

Kredit : Noran Naqiah Nor Halim

Click Here

Pameran Satu Daerah Satu Industri @ Sabah
“Koperasi Memacu Keusahawanan Negara”

Kredit : Noran Naqiah Nor Halim

Click Here
#UDANews

UDA Cares – do good. feel good
Konvoi Amal Kasih UDA Land (North) Sdn Bhd

Kredit: Anita Ismail

Pada 4 Oktober yang lalu, sebuah program yang dinamakan Konvoi Amal Kasih telah dijalankan oleh warga UDA Land (North) Sdn. Bhd. Destinasi konvoi tersebut adalah di  kawasan Tasek Gelugor, Kubang Menderong dan Penaga.

Konvoi ini diadakan di 10 tempat iaitu melibatkan 10 keluarga yang kurang berkemampuan. Tujuan utama bagi program ini adalah untuk membantu keluarga kurang berkemampuan yang perlu menanggung ibu atau ayah yang sakit, ibu tunggal yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah dan tidak berkemampuan untuk memenuhi keperluan anak-anak mereka untuk belajar dengan sempurna.

Program ini telah disertai oleh semua kakitangan UDA Land (North) Sdn Bhd. Antara pengisian bagi program ini adalah sesi beramah mesra dengan keluarga terlibat, bertanyakan tentang keperluan mereka yang masih tidak mencukupi, berbincang mengenai prestasi pelajaran anak-anak dan juga mengambil tahu mengenai kemahiran yang mereka ada agar pihak UDA dapat membantu mereka kelak.

Pihak UDA Land (North) Sdn. Bhd telah memberikan sumbangan yang berbentuk barang keperluan harian seperti beras, gula, minyak, susu, kicap, biskut dan juga sumbangan wang tunai bagi membantu perbelanjaan wang saku anak-anak mereka yang masih bersekolah.

Konvoi Amal Kasih ini terbahagi kepada dua sesi iaitu 4 Oktober dan sesi seterusnya telah berlangsung pada 27 September 2019.     

#UDANews

UDA Cares – do good. feel good
 UDA Waqf & Kumpulan Pembangunan Perniagaan sertai
International Coastal Clean-Up Day (ICC)

Kredit: Aina Naseha Zamri

UDA Waqf dan Jabatan Pembangunan dan Perniagaan telah melibatkan diri dalam sebuah program yang diberi nama International Coastal Clean-Up Day (ICC) 2019 yang dianjurkan oleh Reef Check Malaysia. Program ini bertempat di Pantai Cermin dan Pantai Tanjung Biru, Port Dickson dan ianya telah berlangsung pada 5 Oktober yang lalu.

Tujuan utama bagi program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap amalan menjaga kebersihan kawasan pantai daripada sebarang bentuk pencemaran serta mengancam hidupan laut. Selain daripada itu, amalan murni ini juga dapat mendidik masyarakat agar sentiasa menanam sikap cintai alam sekitar dan seterusnya memelihara khazanah alam ini agar ia dapat dinikmati oleh generasi masa hadapan.

Terdapat seramai 31 orang peserta yang melibatkan diri sebagai sukarelawan program ini termasuklah kakitangan daripada UDA Waqf dan Jabatan Pembangunan Perniagaan.

Aktiviti permulaan bagi program tersebut adalah taklimat tentang keselamatan, dan disusuli oleh aktiviti membersihkan kawasan pantai. Setelah kawasan pantai dibersihkan, sampah yang dikutip telah diasingkan mengikut kategori dan di kitar semula. Program ini diakhiri dengan aktiviti penyampaian hadiah untuk para peserta dan juga bergambar bersama-sama.

Data sampah yang di kutip telah direkodkan didalam borang daripada Ocean Conservancy dan diserahkan kepada Reef Check Malaysia. 

#UDANews

UDA Cares – Educational
Majlis Pelantikan Sekolah Angkat UDA & Majlis Anugerah Kecemerlangan
@ SM Teknik Tuanku Jaafar 

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Pada 25 Oktober yang lalu, satu Majlis Pelantikan Sekolah Angkat UDA telah diadakan bersempena dengan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Menegah Teknik (SMT) Tuanku Jaafar. Majlis tersebut telah berlangsung di berlangsung di Klana Resort, Seremban.

Majlis Anugerah Kecemerlangan tersebut telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan dan turut ditemani oleh TPR Prof Dr. Rosmin Talib,Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMT Tuanku Jaafar, Pengetua Sekolah dan En. Mohd Nazri Jamiran, wakil daripada UDA Holdings Berhad (UDA).

Majlis diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh para pelajar dari sekolah tersebut. UDA telah menyalurkan sumbangan kepada salah satu program yang telah diluluskan oleh pihak Pengurusan Tertinggi UDA iaitu Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik, Sahsiah dan Kokurikulum.

Anugerah tersebut telah disempurnakan oleh En. Mohd Nazri Jamiran, Ketua Bahagia UDA Mall. Selain penyampaian hadiah kepada para pelajar, satu penyampaian mock cheque kepada pihak sekolah juga turut diadakan.

Semoga dengan sumbangan daripada pihak UDA dapat memberikan suntikan semangat dan dorongan kepada para pelajar untuk bergerak seiring diantara kurikulum dan kokurikulum.

#UDANews

Future SME Conference 2019 @ PICC 

Kredit: Noran Naqiah Nor Halim

Pada 15 dan 16 Oktober yang lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui agensi Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp. Malaysia) telah menganjurkan pameran produk & perkhidmatan bersempena Future SME Conference 2019 yang bertempat di Putrajaya International Convention Centre(PICC).

Selain itu, Future SME Conference 2019 merupakan majlis yang meliputi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan sepanjang dua (2) hari penganjuran tersebut. Aktiviti yang dilaksanakan adalah persidangan yang memfokuskan kepada teknologi terkini kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), melibatkan penyertaan seramai 500 orang peserta dari dalam dan luar negara, pameran produk & perkhidmatan yang menumpukan kepada kemajuan teknologi dan masa hadapan seperti Autonomous Robots, Additive Manufacturing (3D printing), Cybersecurity, Big Data Analytics, System Integration dan Simulation, Sesi Technology Pitching  bersama PKS tempatan dan Financial Pitching session.

Majlis telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan setelah ucapan selamat datang dari YBhg. Dato’ Sri Syed Hussien Al Habshee, Pengerusi SME Corp. Malaysia.  Selepas itu upacara perasmian sesi lawatan ke tapak pameran dan sesi bergambar bersama peserta Third Country Training Programme (TCTP) 2019 berlangsung semasa pengakhiran acara pada hari pertama majlis.

Pada hari kedua pula, sesi persidangan, pameran produk dan perkhidmatan telah masih diteruskan dan menerima kunjungan daripada pihak luar yang sangat luar biasa.

#UDANews

Pameran Satu Daerah Satu Industri @ Sabah
“Koperasi Memacu Keusahawanan Negara”

Kredit: Noran Naqiah Nor Halim

Pada 18 hingga 20 Oktober yang lalu, sebuah program Satu Daerah Satu Industri (SDSI)  telah berlangsung di Imago Mall, Kota Kinabalu Sabah bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan warga tempatan. Program ini yang berlangsung selama tiga (3) hari ini merupakan sebuah program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bersama Kerajaan Negeri Sabah dengan slogannya “Koperasi Memacu Keusahawanan Negara”.

Program tersebut telah dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Timbalan Ketua Menteri Sabah. Turut hadir bersama adalah YAB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Pegawai Kanan Kementerian, Negeri dan juga agensi – agensi di bawah MED. Turut tidak ketinggalan UDA Holdings Berhad (UDA) juga telah turtu bersama-sama terlibat di pameran bagi mempromosikan syarikat kepada orang ramai.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti business matching, Biz kaunseling, demonstrasi produk SDSI, business talk, konvensyen keusahawanan, pameran serta jualan.

SDSI kali ini memfokuskan kepada penglibatan lebih 70 usahwan dan juga koperasi di Sabah dan Sarawak yang mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing yang terdiri daripada sektor makanan, kraf tangan, homestay dan produk serta servis kesihatan.

#UDAEngage