E -Nadi: Berita UDA

JUN 2019

  • THE TEAM

Editorial
Radziah Mohamed Fadzil
Mohammad Hazrell Baddaron
Nor Akmalia Husaini

Contributors
Noor Baizura Abd Razak
Abdul Wahib Othman
Hanafiah Ab Hamid
Nor Hanisah Kamaruzaman
Mohammad Aizad Mohd Som
Puteri Arisyah Shamlan

Creative & Images
Nor Akmalia Husaini
Akhmal Burhanuddin

Dalam Isu Ini…

Jun 2019

Jemaah Muslimat BADIM Rai Majlis Khatam Al-Quran 1440H

Kredit: Noor Baizura Abd Razak

Click Here

UDA Mall Sdn Bhd & UDA Pertama Sdn Bhd Anjur Nur Syawal

Kredit: Abdul Wahib Othman

Click Here

Royo Wong Jhowo @ Angsana Johor Bahru Mall & Pelancaran UDA Cares

Kredit : Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

Indahnya Aidilfitri UDA 2019

Kredit : Puteri Arisyah Shamlan

Click Here

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Angsana Ipoh Mall

Kredit : Hanafiah Ab Hamid

Click Here

UDA Serah Sumbangan Duit Raya di Meriahnya Syawal

Kredit : Puteri Arisyah Shamlan

Click Here

Majlis Indahnya Syawal UDA Land (North) Sdn Bhd 2019 dan UDA Cares-Educational

Kredit: Mohammad Aizad Mohd Som

Click Here

Program Agihan Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Media Prima Berhad di Sri Pentas

Kredit : Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

UDA Taja Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk Anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here
#UDANews

Jemaah Muslimat BADIM Rai Majlis Khatam Al-Quran 1440H

Kredit: Noor Baizura Abd Razak

Alhamdulillah seramai 35 para jemaah yang menyertai program tadarus al-Quran anjuran Muslimat BADIM telah diraikan dalam sebuah Majlis Khatam al-Quran yang diadakan pada 28 Mei 2019 bersamaan 23 Ramadan 1440H. Program tadarus al-Quran yang bermula pada 1 Ramadan yang lalu telah diadakan secara berkumpulan berbanding secara berpasangan pada tahun-tahun sebelumnya.

YBhg Ustaz Khoiruddin Bin Mutaim tenaga pengajar kelas mengaji Muslimat BADIM telah memimpin bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam majlis khatam tersebut. Selain itu, para peserta dari kalangan jemaah muslimah warga kerja Kumpulan UDA ini juga turut disajikan dengan santapan rohani iaitu tazkirah ringkas di akhir majlis tersebut dan bacaan doa buat Puan Norihan Hasnan salah seorang Jemaah yang masih dalam cuti sakit.

Puan Fadzidah Hashim, Naib Presiden Kanan Bahagian Kesetiausahaan Syarikat dan Undang-Undang Kumpulan, Puan Nadia, Norrizah Nordin, Naib Presiden Kanan, Bahagian Pemasaran dan Jualan Kumpulan serta Puan Noor Saa’dah Haji Ismail, Naib Presiden Kanan Pengurusan Aset turut menyertai program tadarus dan memberikan sokongan bagi mengimarahkan majlis tersebut serta menyampaikan cenderahati serta wang tunai berjumlah RM630.00 hasil sumbangan daripada para peserta kepada ustaz jemputan.

Para jemaah juga turut menerima cederahati dari pihak BADIM dan tidak lupa AJK Muslimat BADIM turut mengucapkan sekalung penghargaan kepada para jemaah yang menjayakan majlis tersebut. Semoga majlis yang dianjurkan setiap tahun di bulan yang mulia ini mendapat keberkatan dan segala usaha akan beroleh ganjaran daripadaNya.

#UDANews

UDA Mall Sdn Bhd & UDA Pertama Sdn Bhd Anjur Nur Syawal

Kredit: Abdul Wahib Othman

UDA Mall Sdn Bhd (UMSB) dan UDA Pertama Sdn Bhd (UPSB) telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Bahagian Mall pada 13 Jun 2019 yang bertemakan ‘Nur Syawal’ di Dewan Serbaguna Tingkat 9. Majlis tersebut merupakan majlis Hari Raya yang pertama diadakan di bangunan Ibu Pejabat UDA bagi tahun 2019. Selain daripada mengeratkan hubungan antara kakitangan dengan pihak pengurusan yang berada di luar Lembah Klang, majlis tersebut turut diadakan bagi mengimarahkan suasana dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.  Turut hadir,  YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan dan barisan Pengurusanan Kanan UDA yang lain.

Antara initipati majlis tersebut turut diselitkan penyampaian Anugerah Khidmat Setia kepada kakitangan UMSB dan UPSB yang telah berkhidmat selama 10, 20, 25, 30 dan 35 tahun. Penyampaian anugerah tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset Kumpulan dan turut diiringi oleh Encik Mohd Nazri Jamiran, Ketua Bahagian Mall.

Semoga dengan penyampaian Anugerah Khidmat Setia tersebut dapat memberikan suntikan semangat kepada penerima-penerima anugerah dan kakitangan UDA serta anak syarikat yang lain.

#UDANews

Royo Wong Jhowo @ Angsana Johor Bahru Mall & Pelancaran UDA Cares

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 19 Jun 2019 yang lalu, UDA Angsana Sdn Bhd dan UDA Land South Sdn Bhd menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2019 bertempat di Angsana Johor Bahru Mall.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kemeriahan Syawal bersama pelanggan, kakitangan, pihak berkuasa tempatan, pihak media tempatan, serta pihak berkepetingan sekitar wilayah perniagaan di zon selatan.

Turut hadir pada memeriahkan lagi majlis tersebut ialah YB Tuan SR Hj Dzulkefly Hj Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi & Multimedia, YB Tuan Dr Ramakrishnan A/L Suppiah, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YBhg. Tuan Ar Mohamad Subki Ahmad, Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Berhad (UDA), YBrs Tuan Haji Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset, YBrs Tuan Haji Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah, dan YBrs Tuan Haji Hishamuddin Mon, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Perkhidmatan Korporat, YBrs Encik Ir. Adil Mohd Noor, Ketua Pegawai Operasi UDA Land South Sdn Bhd, YBrs Encik Imran Salleh, Ketua Pegawai Operasi UDA Angsana Sdn Bhd serta barisan Pengurusan Kanan Kumpulan UDA.

Menariknya, majlis tersebut turut meraikan warga emas Rumah Seri Kenangan Kg Ungku Mohsin, Johor Bahru. Seramai 40 orang warga emas yang hadir menerima sumbangan berjumlah RM250.00 termasuk berupa barangan dan wang tunai.

Selain dihidangkan dengan pelbagai juadah enak, tetamu turut dihidangkan dengan pelbagai persembahan menarik antaranya nyanyian dari One Avenue Band, Ronie Hussin dan persembahan tarian.

Pada majlis yang sama, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan turut menyelaraskan majlis perasmian program tanggungjawab sosial korporat ‘UDA Cares’ dengan mengetengahkan empat kategori baru dibawah program tersebut iaitu UDA Cares-Educational, UDA Cares-Entrepreneur, UDA Cares-Project RE_ dan UDA Cares-Enriching Life. Program itu telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Haji Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif diiringi tetamu kehormat serta barisan pengurusan kanan yang lain.

Selepas perasmian, YBrs Tuan Haji Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif turut menyampaikan cek sumbangan bagi program UDA Cares – Educational kepada wakil sekolah angkat yang telah terpilih. UDA Cares – Educational adalah salah satu kategori dalam program UDA Cares yang memperkasakan generasi muda khususnya pelajar sekolah menerusi inisiatif sekolah angkat. Dua buah sekolah angkat dipilih di sekitar kawasan pembangunan UDA di Johor iaitu Sekolah Kebangsaan Sg Danga dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar UDA Utama. Setiap sekolah menerima dana berjumlah RM30,000.00.

#UDANews

Indahnya Aidilfitri UDA 2019

Kredit : Puteri Arisyah Shamlan

1 Julai 2019 – Majlis Indahnya Aidilfitri UDA 2019 telah diadakan dengan meriahnya di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Majlis yang penuh warna-warni itu dihadiri oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan (MED), YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri MED, YBhg. Datuk Hisham Hamdan, Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), serta barisan Ahli Lembaga Pengarah UDA.

Pada majlis berkenaan, UDA telah melancarkan satu kempen berkonsepkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) iaitu UDA Cares, do good feel good.  Majlis pelancaran ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh YBrs. Encik Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif dan barisan pengurusan kanan UDA yang lain.

Selain itu, UDA turut meraikan kakitangan UDA yang telah menyumbangkan perkhidmatan setia mereka selama  tempoh 10 hingga 35 tahun serta persaraan dua kakitangan UDA iaitu Rahimah Binti Khalid dan Borhan Bin Rosli. Majlis ini merupakan simbolik bagi menghargai jasa mereka sepanjang tempoh berkhidmat.

Para tetamu yang hadir dihiburkan dengan persembahan dari Kugiran Peace Lover. Tidak ketinggalan,kehadiran pelawak Shuk (Hot Fm) dan Hazwan X0X0 telah memeriahkan lagi suasana pada majlis berkenaan dengan gelak tawa dari para tetamu. Pelbagai aneka juadah hidangan seperti lauk pauk, kuih muih serta manisan telah disajikan buat para tetamu yang hadir.

 

 

 

 

 

 

Berikut adalah senarai penerima Anugerah Perkhidmatan Setia 2018:

BIL NAMA TAHUN
  BERKHIDMAT
   
1 Puan Noor Baizura Abd Razak 10
2 Encik Muhammad Ibrahim Samsudin 10
3 Puan Nur Syahfina Ishak   10
4 Cik Shahirah Abdul Rahim @ Mat 10
5 Puan Siti Munirah Hamid 10
6 Puan Nurlaili Ahmad Kamal 10
7 Encik Mohd Rosli Abdul Rahim 10
8 Puan Norazuana Abdullah 10
9 Encik Mohd Nazal Abdul Ghafur 10
10 Puan Ruzita Mohamad Hanapi 10
11 Cik Shafiah Ahmad Sahrin 10
12 Encik Addis Udinniah Bahari 20
13 Encik Addis Udinniah Bahari 20
14 Encik Shah Azam Khan Noor Mohammad 20
15 Puan Afizah Mohd Noor 20
16 Puan Mastura Mohamed 25
17 Encik Shahriman Hasan Aziz 25
18 Puan Zalina Mohd Nor 25
19 Encik Azizul Omar 25
20 Encik Sarkowi Markaban 30
21 Encik Mohammad Aris Mohd Nor 35
22 Encik Azman Mokhtar 35
23 Encik Ahmad Puaad Mohd 35
24 Encik Roslan Md Ghaus 35
25 YBhg Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed 35
       

 

#UDANews

Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Angsana Ipoh Mall

Kredit : Hanafiah Ab Hamid

Satu majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri bertemakan “Nostalgia Raya” telah diadakan pada 24 Jun 2019 bersamaan 20 Syawal 1440H. Majlis rumah terbuka Aidilfitrii ini telah berlangsung dengan meriahnya di Tingkat 1, Angsana Ipoh Mall.

Pada majlis tersebut, UDA Holdings Berhad (UDA) telah menyerahkan sumbangan wang zakat korporat kepada Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta, Perak dan sekaligus meraikan seramai 21 orang penghuni warga emas dari rumah tersebut. Penyerahan wang zakat korporat itu telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohammed, Ketua Pegawai Operasi Pengurusan Aset Kumpulan.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah YBrs. Encik Mohd Nazri Jamiran, Ketua Bahagian Mall,  YBrs. Tuan Haji Mohd Mubin Hj Mohd Salleh, Pegawai Khas Kanan kepada Menteri Besar Perak serta Tuan IR Zamzurin Maarof, Pengarah JKKP Negeri Perak. Selain itu, turut hadir bagi memeriahkan lagi sambutan majlis hari raya tersebut adalah penyewa-penyewa, agensi-agensi pihak berkuasa tempatan dan berkepentingan serta vendor pembekal yang berkaitan.

Para hadirin yang hadir telah disajikan dengan pelbagai aneka juadah hidangan hari raya serta diiringi oleh alunan muzik dan nyanyian pelbagai variasi lagu-lagu pilihan oleh kugiran.

#UDANews

UDA Serah Sumbangan Duit Raya di Meriahnya Syawal

Kredit: Puteri Arisyah Shamlan

Satu majlis “Meriahnya Syawal” anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah diadakan pada 25 Jun 2019 (Selasa) bertempat di Dewan Putra A, Putrajaya International Convention Centre (PICC).  Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof , Menteri Pembangunan Usahawan. Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan ialah YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri MED dan YBhg. Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi , Ketua Setiausaha MED merangkap Ahli Lembaga Pengarah UDA.

Pada majlis tersebut, kesemua sembilan agensi di bawah MED termasuk UDA Holdings Berhad (UDA) turut serta bagi mewarnai majlis tersebut. Pelbagai juadah hari raya seperti lemang, ketupat, rendang dan sate turut dijamu kepada para tetamu sepanjang majlis yang bermula pada jam 11.00 pagi – 4.00 petang itu.

Sempena bulan syawal yang mulia, UDA mengambil peluang menyumbangkan duit raya kepada 33 orang anak yatim dari Rumah Bakti Al-Kauthar, Bandar Baru Bangi. Penyampaian duit raya telah disempurnakan sendiri oleh YBrs. Encik Zahrin Zakaria, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif UDA Holdings Berhad. Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah barisan pengurusan kanan UDA. Perasaan gembira jelas terpancar pada setiap wajah anak-anak yatim tersebut. Penyampaian sumbangan duit raya tersebut adalah sebagai salah satu inisiatif oleh UDA dalam memperkukuhkan perlaksanaan tanggungjawab sosial  korporat (CSR) terhadap masyarakat.

Selain itu, satu acara menandatangani  Memorandom of Undestanding (MoU) antara TEKUN Nasional dan Syarikat Liziz Standaco telah berlangsung dengan jayanya.

Para tetamu yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan dari artis tanah air seperti Salwa Abd Rahman dan Wanie Mentor serta kugiran dari TEKUN. Kehadiran penyanyi lagenda negara, Jamaludin Elias (Nash) telah menggamitkan lagi suasana pada majlis tersebut.

#UDANews

Majlis Indahnya Syawal UDA Land (North) Sdn Bhd 2019 dan UDA Cares-Educational

Kredit: Mohammad Aizad Mohd Som

Selepas selesainya Majlis Sambutan Hari Raya UDA Holdings Berhad (UDA) “Indahnya Aidilfitri UDA 2019”, kemeriahan sambutan Hari Raya diteruskan lagi oleh UDA Land (North) Sdn Bhd pada keesokan harinya, 2 Julai 2019 bertempat di Club House Crescent Dew, Kepala Batas, Pulau Pinang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh YBrs. Encik Zahrin Zakaria, Pemangku Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif UDA, YBrs. Encik Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah UDA bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah UDA yang lain.

Turut hadir memeriahkan majlis tersebut ialah YB Dato’ IR Haji Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang. Selain itu, tetamu kehormat YB Dato’ Haji Abdul Halim Haji Hussain, EXCO Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, YB Dr. Afif Bahardin ,ADUN Seberang Jaya dan YB Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, ADUN Bertam juga turut bersama memeriahkan lagi majlis tersebut.

Dikesempatan itu juga, majlis diserikan lagi dengan penyerahan wang sumbangan bagi program UDA Cares-Educational kepada dua (2) buah sekolah yang telah dilantik menjadi sekolah angkat UDA iaitu Sekolah Kebangsaan Mohd Shah, Seberang Perai Utara dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa, Seberang Perai Tengah.

Para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Mohd Shah telah membuat persembahan tarian tradisional manakala para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa telah membuat persembahan nyanyian. Di penghujung majlis, wakil pelajar dari kedua-dua sekolah tersebut telah menerima duit raya yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UDA.

#UDANews

Program Agihan Bubur Lambuk kepada Warga Kerja Media Prima Berhad di  Sri Pentas

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada akhir Ramadan yang lalu, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) telah menyelaraskan program agihan Bubur Lambuk kepada warga kerja Media Prima Berhad di Sri Pentas, Bandar Utama.

Program yang diadakan buat julung kalinya ini adalah salah satu inisiatif UDA untuk mengeratkan hubungan dengan pengamal media.

Program tersebut turut dijalankan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA iaitu ‘UDA Cares – Project RE (React, Rebuild, Reenergize)’. Project RE adalah salah satu CSR UDA yang mula diperkenalkan awal tahun lalu yang memfokuskan pada kemampanan dan pemerkasaan komuniti. Bagi program kali ini, UDA memfokuskan pada komuniti media yang turut menjadi penyumbang dalam perkembangan UDA dan sentiasa memberi sokongan dari semasa ke semasa.

Sebanyak 1,200 pek Bubur Lambuk daging dan ayam yang disediakan oleh AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur mula diedarkan pada jam 3.00 petang di hadapan lobi Sri Pentas.

Sebelum itu, program bermula dengan acara memasak enam (6) periuk juadah Bubur Lambuk seawal jam 9.00 pagi di kawasan lobi Sri Pentas.

Seiring dengan penganjuran program berkenaan, UDA turut mengambil kesempatan pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan menyumbangkan sebanyak RM30,000 wang zakat ke Tabung Bersamamu (Media Prima-NSTP Humanitarian Fund).

Serahan cek sumbangan disempurnakan oleh Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan UDA dan wakil Media Prima Berhad yang menerima cek tersebut ialah Encik Azlan Abdul Aziz, Pengurus Besar Kumpulan, Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan.

#UDANews

UDA Taja Jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk Anak-anak Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada awal Aidilfitri yang lalu, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCDD) telah menyelaraskan tajaan jamuan Hari Raya Aidilfitri di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih yang terletak di Chow Kit, Kuala Lumpur.

Program tersebut diselaraskan dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam, AnCasa Hotel & Resort dan pihak produksi program Malaysia Hari Ini (MHI).

Pelbagai juadah Hari Raya seperti rendang, lontong, nasi dan soto telah disediakan oleh AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Tajaan itu disediakan sempena Lintas Langsung MHI di sekolah tersebut.

Pada lintas langsung MHI, cef dari AnCasa Hotel & Spa Kuala Lumpur turut menunjukkan demo masakan penkek kepada pelajar dan guru serta penonton MHI.

Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih adalah sekolah khas, inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia yang menjadi pusat pembelajaran kepada anak-anak pekerja sosial, ibu bapa yang terlibat dalam gejala dadah, perilaku jenayah, institusi kekeluargaan yang kucar kacir, tidak mempunyai tempat tinggal tetap (gelandangan) dan golongan miskin tegar.

Motivational Quote