E-Nadi: Berita UDA

JULAI 2019

  • THE TEAM

Editorial
Radziah Mohamed Fadzil
Mohammad Hazrell Baddaron
Nor Akmalia Husaini

Contributors
Mohd Khairizal Khairuddin
Nor Hanisah Kamaruzaman
Amran Baharom

Creative & Images
Nor Akmalia Husaini
Akhmal Burhanuddin

Dalam edisi ini…

Julai 2019

Taklimat Asas Pertolongan Cemas

Kredit: Mohd Khairizal Khairuddin

Click Here

Taklimat Pengurusan Komunikasi Krisis

 

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

Familiarization Trip Di Ancasa Residences Port Dickson Bersama Media

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang.

Kredit: Amran Baharom

Click Here
#UDANews

Taklimat Asas Pertolongan Cemas

Kredit: Mohd Khairizal Khairuddin

Pada 9 dan 10 Julai yang lalu, satu taklimat berkaitan Asas Pertolongan Cemas dan ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ (CPR) telah disampaikan oleh Dr. Kamaruzaman, Ketua Jabatan Trauma Hospital Ampang. Taklimat tersebut telah diadakan di Pusat Sumber Tingkat 7 yang melibatkan kakitangan non teknikal  seramai 30 orang seperti kakitangan Sales, Kewangan,Admin, Strata dan Kawalan bagi didedahkan dengan satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.

CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Terdapat perbezaan antara CPR untuk orang dewasa dan kanak-kanak, Berdasarkan Garis Panduan CPR terkini (American Heart Association 2018), bagi mereka yang tidak biasa dan tidak tahu tentang CPR, hanya perlu melakukan kaedah ‘Tekanan Dada’ sahaja, dan tidak perlu bimbang memikirkan atau melakukan pertolongan pernafasan.

Kesimpulannya, masih ramai di kalangan wargakerja kita ini agak asing dengan CPR, dan bagi mereka yang pernah belajar dan ada sedikit pengetahuan pun akan teragak-agak atau takut untuk melakukan CPR kerana memikirkan perlunya bantuan pernafasan dilakukan.

Oleh itu, dengan sedikit perkongsian ilmu ini, LAKUKANLAH CPR dengan kaedah ‘HANDS-ONLY’ iaitu ‘TEKANAN DADA SAHAJA’ kerana ianya lebih mudah dan lebih selesa untuk dilaksanakan. Kaedah ini sangat penting untuk meneruskan bekalan darah bagi mereka yang mengalami serangan jantung yang menyebabkan jantungnya terhenti, dan ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa mangsa.

“JUST DO CHEST COMPRESSION – IT IS BETTER THAN DO NOTHING AT ALL”

#UDANews

Taklimat Pengurusan Komunikasi Krisis

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 23 Julai 2019, satu sesi taklimat berkenaan Pengurusan Komunikasi Krisis (Crisis Communications Management) telah diadakan di Pusat Sumber (Resource Center), Tingkat 7, Ibu Pejabat UDA Holdings Berhad (UDA).

Taklimat yang diselaraskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) itu diadakan bertujuan mendapatkan input dari barisan pengurusan kanan dan kakitangan terlibat mengenai potensi krisis.

Taklimat yang dikelolakan oleh agensi Intelectasia itu turut dijalankan bagi membolehkan pihak agensi mengumpul maklumat tepat dan berkaitan sebelum merangka pelan Pengurusan Komunikasi Krisis.

Sesi taklimat dikendalikan sepenuhnya oleh perunding berpengelaman dari Interlectasia iaitu Puan Manminder Dhillon. Puan Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan yang turut hadir dan memberi pengenalan sebelum sesi bermula.

Semasa sesi berlangsung, Puan Manminder telah menerangkan tentang perbezaan antara krisis dan isu, perbezaan antara pengurusan krisis dan komunikasi krisis, jenis-jenis krisis, kategori bagi krisis serta individu yang bertanggungjawab dalam menjawab krisis kepada media dan orang ramai.

Sesi taklimat ini berlangsung selama dua jam bermula dari 2.30 petang dan tamat pada jam 4.30 petang. Antara wakil anak syarikat yang terlibat adalah UDA Land Central, UDA Land North, UDA Land East, AnCasa Hotels & Resorts, UDA Mall dan UDA Angsana Sdn. Bhd.

Hasil hari taklimat ini, satu Pelan Komunikasi Krisis yang terkini akan dihasilkan serta beberapa siri latihan akan diselaraskan kepada pengurusan dan kakitangan yang berkaitan bagi menambahbaik pelaksanaan Pengurusan Komunikasi Krisis di UDA.

#UDANews

Familiarization Trip Di Ancasa Residences Port Dickson Bersama Media

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 25 dan 26 Julai yang lalu, Unit Perhubungan Media, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) telah menyelaraskan satu Familiarization Trip ke AnCasa Residences Port Dickson bersama wartawan dan jurugambar dari akhbar Harian Metro.

Kunjungan tersebut adalah salah satu inisiatif GCCD untuk meningkatkan kesedaran terhadap jenama UDA dan anak syarikat. Usaha itu juga dalam masa yang sama, dapat mempromosikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan AnCasa Residences Port Dickson serta tarikan di sekitarnya.

Antara pengisian program adalah melawat ke sekitar hotel seterusnya memperkenalkan bilik-bilik yang ditawarkan kepada pengunjung. Wartawan dan jurugambar turut dibawa melawat kemudahan yang disediakan seperti ruang dan dewan serbaguna, kolam renang, tapak suka rekreasi ‘team building’ dan spa.

Mereka turut berpeluang menikmati hidangan istimewa di AnCasa Residences Port Dickson hasil air tangan cef di sana seperti cendol gula anau dan steamboat.

Mereka turut dibawa ke beberapa lokasi tarikan sekitar AnCasa Residences Port Dickson seperti PD Ostrich Show Farm dan Rumah Terbalik dan Galeri Seni 3D. Pada waktu petang, berkesempatan merasai pemandangan matahari terbenam di pantai yang terletak bersebelahan hotel.

Untuk makluman, artikel ini telah diterbitkan dalam akhbar Harian Metro pada 9 Ogos 2019.

#UDANews

Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang

Kredit: Amran Baharom

Pada 26 Julai hingga 28 Julai 2019, telah berlangsungnya Sukan Tradisional Mini Gemaputera anjuran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bertempat di dua gelanggang berbeza iaitu di Universiti Sains Malaysia (USM), Arena Sukan Azman Hashim dan Konkos Tingkat 3, Bangunan KOMTAR , Georgetown, Pulau Pinang yang melibatkan sebanyak 10 penyertaan dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). Kontinjen UDA Holdings Berhad (UDA)yang diwakili oleh 26 orang peserta beserta Ahli Jawatankuasa (AJK) Gemaputera UDA dalam kejohanan tersebut. Antara sukan-sukan yang dipertandingkan dalam Sukan Tradisional Mini Gemaputera Pulau Pinang 2019 tersebut adalah Dam Aji, Batu Seremban, Congkak, Sepak Raga Bintang dan Galah Panjang.

Sukan-sukan tradisional tersebut diadakan bagi mengangkat kembali sukan-sukan tradisi lama yang dimainkan oleh generasi terdahulu agar ia terus hidup dan kekal terpelihara sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kakitangan Kumpulan UDA dengan setiap PKEN yang menyertai kejohanan sukan tersebut. Sepanjang pertandingan ini berlangsung, semua peserta telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi demi menjadikan sukan sebagai riadah untuk mengeratkan jalinan ukhuwah dan kerjasama antara satu sama lain. Ternyata sukan yang diadakan ini memberi impak yang besar kepada peserta-peserta yang terlibat yang mana semua kakitangan yang terlibat bukan sahaja dapat bersaing secara sihat malah dapat mengeratkan hubungan antara satu sama lain dari pelbagai peringkat negeri.

Majlis Perasmian Sukan Tradisional Mini Gemaputera ini telahpun dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di Bangunan KOMTAR, Pulau Pinang dan diantara tetamu jemputan yang telah menyerikan Majlis Penutupan pula tersebut adalah Tuan Hj. Hishamuddin Mon, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perkhidmatan Korporat, Encik Mohd Hilmi Muda mewakili Yang Dipertua Gemaputera sesi 2019-2020 dan YBhg. Dato’ Mohd Bazid Haji Abdul Kahar selaku Penguus Besar, PDC dan tetamu kehormat iaitu YBhg. Dato Ir. Ahmad Zakiyuddin Abd. Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang yang juga telah menyempurnakan Majlis Penutup Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2019 dengan acara penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang.

 

Motivational Quote