E-Nadi: Berita UDA

FEBRUARY 2019

  • THE TEAM

Editorial
Radziah Mohamed Fadzil
Mohammad Hazrell Baddaron
Nor Akmalia Husaini

Contributors
Nor Akmalia Husaini
Nor Hanisah Kamaruzaman

Creative & Images
Nor Akmalia Husaini
Akhmal Burhanuddin
Zulkifli Hamdan

Dalam edisi ini…

February 2019

Oscar Night
2019

Sumber: Nor Akmalia Husaini

Click Here

Penyerahan Zakat
@ Masjid An-Nur,
Bandar UDA Utama,
Johor Bahru

Sumber: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

UDA Cares –
Enriching Life
@ North

Sumber: Nor Akmalia Husaini

Click Here

UDA Cares –
Enriching Life
@ East

Sumber: Nor Akmalia Husaini

Click Here

KUB @ Pahang
& Terengganu

Sumber: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

KSU Lawat
KTGR

Sumber: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

Malaysia Halal
Expo 2019

Sumber: Nor Hanisah Kamaruzaman

Click Here

Lindungi Diri
Daripada
Jenayah Siber

Click Here

Kuiz
Trivia

Click Here
#UDAHighlights

UDA Oscar Night 2019

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Bahagian Modal Insan Kumpulan (GHCD) dengan kerjasama Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) telah menganjurkan Majlis Makan Malam dengan temanya UDA Oscar Night 2019.

UDA Oscar Night 2019 telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur bersempena dengan Malam Jasamu Dikenang bagi menghargai perjalanan karier YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang bakal bersara tidak lama lagi.

#UDAHighlights

UDA Oscar Night 2019

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Pelbagai pengisian program telah diselitkan pada malam UDA Oscar Night 2019 tersebut. Antara aktiviti yang ada termasuklah pertandingan persembahan rumah sukan, persembahan artis jemputan iaitu Ernie Zakri, photo box printing, green screen, dan best dress bagi kategori lelaki dan wanita serta cabutan bertuah.

Barisan Pengurusan Kanan Tertinggi UDA telah mempersembahkan persembahan istimewa mereka dengan nyanyian lagu ‘Seasons in The Sun’ dan hasil gubahan lirik yang telah dibuat sendiri oleh Tuan Haji Hishamuddin Mon, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perkhidmatan Korporat.

#UDAHighlights

UDA Oscar Night 2019

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Penyampaian hadiah cabutan bertuah bagi tiga (3) hadiah utama telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar selain 122 hadiah bertuah yang telah dicabut nombor oleh Barisan Pengurusan Kanan UDA.

Selain itu, UDA juga turut menyampaikan cenderahati penghargaan kepada dua (2) orang bekas Ahli Lembaga Pengarah iaitu YBhg Dato’ Sr. Mazuki A. Aziz dan YBhg Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid. Turut tidak ketinggalan YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan juga menerima pelbagai hadiah daripada setiap rumah sukan, barisan Pengurusanan Kanan dan UDA.

#UDAHighlights

UDA Oscar Night 2019

Berikut adalah keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada malam tersebut:

PERTANDINGAN PERSEMBAHAN RUMAH SUKAN

#UDANews

UDA Serah Zakat RM 500,000 Untuk Pembangunan Masjid An Nur, Bandar UDA Utama

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 24 Februari 2019, UDA Holdings Berhad (UDA) telah menyalurkan sumbangan zakat berjumlah RM500,000 bagi pembangunan Masjid An-Nur yang terletak di Bandar UDA Utama, iaitu salah satu kawasan pembangunan UDA di zon selatan.

Majlis penyerahan zakat yang diselaraskan oleh Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) dengan kerjasama UDA Land (South Sdn Bhd) dan UDA Angsana Johor Bahru Mall itu berlangsung di atas tapak pembinaan masjid berkenaan yang berkeluasan 2.09 ekar.

YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar (tiga dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan zakat bernilai RM500,000 kepada Pengerusi Pembangunan Surau An-Nur Bandar Uda Utama Tuan Haji Kamarudin Bujang (tiga dari kiri) pada Majlis Penyerahan Sumbangan Zakat oleh UDA untuk pembangunan Masjid An-Nur di Bandar Uda Utama, baru-baru ini.
#UDANews

UDA Serah Zakat RM 500,000 Untuk Pembangunan Masjid An Nur, Bandar UDA Utama

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Selepas majlis penyerahan berlangsung, barisan tetamu melawat ke sekitar tapak pembangunan masjid berkenaan yang sudah siap 90% dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019.

Sumbangan dipohon antaranya bakal digunakan untuk keperluan tambahan dan kelengkapan bangunan masjid seperti sistem pembesar suara, sistem siaraya (projektor, TV LED, CCTV), pembinaan tambahan tempat wuduk dan dataran tambahan untuk solat jumaat, rak kasut, rak Al-Quran dan kitab, mimbar, penyediaan khas OKU dan lain-lain.

BARISAN tetamu melawat ke sekitar tapak pembangunan Masjid An-Nur yang sudah siap 90 peratus dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada bulan Mac 2019.
#UDANews

UDA Serah Zakat RM 500,000 Untuk Pembangunan Masjid An Nur, Bandar UDA Utama

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar (tiga dari kanan) mendengar penerangan Tuan Haji Kamarudin Bujang berkenaan pelan pembangunan masjid tersebut

Penyerahan cek sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UDA manakala Masjid An-Nur diwakili Haji Kamarudin Haji Bujang selaku Pengerusi Pembinaan Masjid An-Nur, Bandar UDA Utama.

Turut hadir pada majlis penyerahan itu adalah YBrs Tuan Haji Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Hartanah Kumpulan, YBrs Encik Nazri Jamiran, Naib Pengurus Kanan Bahagian Mall, Encik Adil Md Noor Ketua Pegawai Operasi UDA Land South dan Encik Imran Salleh Ketua Pegawai Operasi 1. 2. 3. Angsana Johor Bahru Mall.

#UDANews

Enriching Life @ North

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Sebagai pembuka tirai bagi tahun 2019, UDA Holdings Berhad (UDA) telah mengadakan satu program UDA Cares; Enriching Life @ North. Program ini adalah bertujuan untuk menyampaikan wang zakat korporat kepada institusi – institusi yang memerlukan bagi menanggung kos perbelanjaan harian, pembelian barangan keperluan atau kos pembinaan bagi menaik taraf bangunan untuk keselesaan penghuni yang menetap di institusi yang terpilih.

Dengan itu, UDA dengan kerjasama UDA Land (North) Sdn Bhd telah mengenalpasti beberapa institusi di bahagian Utara tanah air untuk menerima wang zakat korporat. Turut hadir, Encik Zainudin Deni, Ketua Pegawai Operasi UDA Land (North) Sdn Bhd Bersama-sama dengan kakitangan dalam menyampaikan sumbangan tersebut.

Hari pertama iaitu pada 29 Januari 2019, wang zakat telah diserahkan kepada institusi – institusi di negeri Kedah Darul Aman. Pada malamnya pula, UDA telah menghadiri satu Majlis Sentuhan Kasih Sejambak Budi dan telah membuat penyerahan zakat kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis di Dewan Warisan, Kangar, Perlis. Tetamu Diraja pada malam tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program diteruskan lagi pada keesokan harinya dengan menuju ke negeri Pulau Pinang.

Berikut adalah senarai penerima wang zakat korporat di bahagian Utara tanah air:

  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Teluk Chengai
  • Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Darulaman
  • Sekolah Rendah Agama Rakyat Al Arifi
  • Masjid Al-Ummah Telok Chengai
  • Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis
  • Surau Sek. Men. Keb Pokok Sena
  • Bata Surau Kg Permatang Tinggi Bakar
  • Surau Permatang Tinggi B, Paya Keladi
  • Masjid Jamek Sembilang
  • Surau Kg. Lembah Raja
  • Surau Nuruliman Kg. Ekor Kuching
  • Masjid Jamek Al-Hidayah Jalan Baru
  • Masjid Timah
  • Masjid Papan Kg Pertama
  • Surau Al-Hidayah Taman Kelisa Emas
  • Maahad Tahfiz Sirajul Quran
  • Surau Taman Sutera
  • Surau Kampung Surau
  • Surau Kampung Belah Dua
  • Surau Muhammad Al-Fatih Taman Pauh Indah
  • Surau Permatang Rawa Hujung
  • Surau Taman Pauh Jaya
  • Surau Al Islam (Blok L)
  • Surau Permatang Rawa Tengah
  • Pertubuhan Ikram Malaysia Barat Daya Pulau Pinang
  • JKKK Teluk Kumbar
  • JKKK Titi Teras
  • JKKK Sungai Pinang
#UDANews

Enriching Life @ East

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Lanjutan daripada program UDA Cares; Enriching Life @ North pada bulan Januari lalu, UDA Holdings Berhad (UDA) kali ini menjelajah pula ke bahagian Pantai Timur tanah air dengan mengadakan program UDA Cares; Enriching Life @ East pada 12 dan 13 Februari 2019.

Perjalanan dimulakan dengan menuju ke negeri Terengganu Darul Iman. Pelaksanaan program ini telah dijalankan dengan hasil kerjasama di antara kakitangan daripada Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) dan UDA Land (East) Sdn Bhd. Turut terlibat pada program ini ialah Encik Rosli Hassan, Naib Presiden Kanan UDA Land (East) Sdn Bhd.

Pengisian program ini adalah dengan menyampaikan wang zakat korporat kepada institusi-institusi yang terpilih di daerah Kuala Terengganu dan Kemaman. Program diteruskan lagi pada keesokan harinya dengan menuju ke destinasi di daerah Kuantan.

Penerima zakat di Negeri Terengganu Darul Iman:

  • Ma’ahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman

  • Madrasah Darul Taqwa

  • Maahad Al-Tahfiz Wa Al-Dirasaat Al-Islamiyyah (MTDI)

  • Madrasah Darul Hikmah

Penerima zakat di negeri Pahang Darul Makmur:

  • Pertubuhan Kebajikan Baitul Husna Kuantan
  • Persatuan Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim Ad-Dhuha
  • Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Permata Insyirah
  • Rumah Anak Anak Yatim Dan Miskin Nadwah Permata Camar
  • Madrasah Al-Quran Darul Mukhlasin
  • Maahad Tahfiz Muhammadi
  • Pertubuhan Kebajikan Darul Nisa At Thohirah Kuantan (Dynasti)
  • Madrasah Kamaliah
#UDANews

KUB @ Pahang & Terengganu

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 14 Februari 2019, Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) dengan kerjasama UDA Land East Sdn Bhd (UDA Land East) telah mengelola booth di Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) yang diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan Pahang. KUB adalah inisiatif berterusan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diadakan di setiap negeri bagi mendekati golongan usahawan Bumiputera.

Pada acara tersebut, agensi di bawah MED serta usahawan di bawah agensi membuka booth bagi memperkenalkan program, skim, geran dan produk yang ditawarkan kepada usahawan setempat. Selain itu, sesi dialog turut diadakan antara usahawan dan YBhg Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Turut hadir majlis dan berdialog bersama usahawan adalah YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi Ketua Setiausaha MED, YB Dato’ Haji Nazri Ngah Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Pahang dan YBrsh Encik Muhd Firdaus Azharuddin Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN).

Untuk makluman, INSKEN menjadi hos/tuan rumah untuk penganjuran KUB di negeri Pahang. Pada 15 dan 16 Februari 2019, jelajah KUB diteruskan ke negeri Terengganu dan telah membuka peluang untuk usahawan Bumiputera sekitar bertemu dan berdialog dengan YB Menteri dan YBhg KSU. Penganjuran yang dihoskan oleh TEKUN Nasional.

Hadir sama pada sesi dialog tersebut ialah YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro, dan Hal Ehwal Penjaja dan YBrsh Tuan Haji Roshaimi Harun Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Korporat), TEKUN Nasional. Seiring dengan penganjuran KUB yang diadakan di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu itu, turut berlangsung program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang menampilkan pelbagai perkhidmatan dan produk dari usahawan Bumiputera setempat.

#UDANews

Datuk Wan Suraya Merangkap Ahli Lembaga Pengarah Lawat KTGR

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 15 Februari 2019, Kuala Terengganu Golf Resort (KTGR) telah mendapat kunjungan dari Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).

Lawatan kerja yang diketuai YBhg Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi Ketua Setiausaha MED merangkap Ahli Lembaga Pengarah UDA itu disambut Encik Shah Azam Khan, Timbalan Presiden Kanan Bahagian Hospitaliti, Encik Rosli Hassan Ketua Hassan Ketua Pegawai Operasi UDA Land East, Pengurus KTGR Encik Syed Mansor Syaik Saaid.

Pada lawatan itu, pengurus KTGR memberi taklimat ringkas dan membawa YBhg Datuk Wan Suraya melawat ke sekitar padang golf tersebut. Selain itu, Encik Rosli turut memberi penerangan berkenaan projek UDA di KTGR dan sekitar Terengganu.

Lawatan yang turut disertai ketua-ketua agensi di bawah MED itu juga bersempena dengan penganjuran program Konvensyen Usahawan Bumiputera (KUB) di Terengganu Trade Centre, Kuala Terengganu.

#UDANews

Malaysia Halal Expo 2019

Kredit: Nor Hanisah Kamaruzaman

Pada 24 Januari 2019 (Khamis), Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD) , Bahagian Pemasaran serta Perhotelan Ancasa sekali lagi mengambil bahagian dalam Malaysia Halal Expo 2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) di Kuala Lumpur Convention Centre, Hall 4. Malaysia Halal Expo ini disempurnakan oleh YB Menteri Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.

Terdapat 320 penyertaan gerai pameran dengan melibatkan makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan kecantikan serta farmaseutikal. Terdapat juga beberapa gerai pameran selebriti seperti Fouziah Gous-Pengusaha Sarang Burung Walit, Erma Fatima-Pengusaha Nasi Lemak, Mee Goreng dan Kuih-Muih Tempatan, Amy Search-Penguasaha Kopi Barista dan juga beberapa selebriti tempatan yang turut membuka gerai pameran pada hari tersebut.

Malaysia Halal Expo 2019 yang berlangsung selama tiga (3) hari itu juga berjaya menarik minat hampir 4,000 pengunjung yang terdiri daripada usahawan bumiputera, agensi-agensi korporat, pelancong dari luar negara dan beberapa institusi pendidikan yang turut hadir. Pelaksanaan program ini juga dimeriahkan lagi dengan perkongsian ilmu dari beberapa agensi usahawan yang turut memberi pandangan, berkongsi pendapat serta membantu pengunjung untuk memulakan perniagaan. Tambahan pula, artis tempatan seperti Munif Hijjaz juga Pengusaha Kopi Habatussauda dan coklat juga turut memberi ruang kepada pengunjung untuk menjawab soalan dan memenangi salah satu produk keluaran Munif Hijjaz.

Oleh itu, beberapa agensi di bawah MED seperti UDA Holdings Berhad, SME Bank, SME Corporation, Tekun Nasional, SL1M, Bank Rakyat, MaGIC, SKM dan MKM juga turut membuka pameran untuk membantu orang ramai mengenai kemusykilan tentang perniagaan mereka.

#UDAEngage

Lindungi Diri Daripada Jenayah Siber

Nafi Khidmat Teragih (DDOS)

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, jenayah siber merujuk kepada aktiviti jenayah yang dilakukan menggunakan rangkaian komputer atau peranti perkakasan dengan niat untuk merosakkan reputasi mangsa, serta mencederakan mangsa dari segi fizikal dan mental. Selalunya, komputer atau peranti mungkin menjadi pemudah cara, agen atau sasaran jenayah. Buli siber adalah salah satu jenayah siber yang sering melibatkan kanak-kanak dan juga remaja. Selain daripada buli siber, terdapat beberapa jenayah siber lain yang boleh memudharatkan anda dan juga keluarga. Ketahui jenis jenayah siber agar anda tidak menjadi mangsa.

Dalam serangan ini, beratus-ratus atau beribu-ribu mesin yang terjejas (pelbagai komputer dan sambungan internet) digunakan untuk membanjiri akses ke sistem yang disasarkan. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, mangsa serangan ini terdiri daripada sistem sasaran akhir dan semua sistem yang digunakan dengan niat jahat dan dikawal oleh penggodam. Serangan ini selalunya diagihkan ke seluruh dunia melalui botnet

 

Pengelog Ketukan Kekunci (Keystroke Logger)

Perisian hasad ini membolehkan penggodam mencuri data peribadi seperti data perbankan internet dan kata laluan e-mel. Ia biasanya dipasang pada mesin mangsa tanpa disedari oleh mereka menerusi pelbagai cara seperti memancing data (phishing), mengklik pada pautan, atau memuat turun imej atau video.

 

 

 

 

Perisian Kuda Trojan

Trojan adalah sejenis perisian hasad (malware) yang selalunya menyamar sebagai perisian yang sah. Pengguna biasanya ditipu melalui kaedah kejuruteraan sosial supaya memuat dan menjalankan Trojan dalam sistem komputer mereka. Ia membolehkan penjenayah mengintip, mencuri data sensitif dan menghalang akses kepada data anda bagi mendapatkan wang tebusan, serta mengakses sistem komputer anda dari jauh.

 

 

Memancing Data (Phishing)

Memancing data (Phising) terjadi apabila mangsa menerima e-mel yang kononnya sah (sering kali mendakwa sebagai e-mel daripada bank atau syarikat kad kredit) dengan pautan yang membawa kepada laman web hasad. Apabila pautan itu diklik, komputer peribadi kemudiannya dijangkiti virus yang akan mencuri maklumat sensitif anda seperti kata laluan akaun bank dan sebagainya.

 

 

 

 

 

Bank dan Kad Kredit

Berhati-hati apabila anda menerima e-mel, panggilan telefon atau khidmat pesanan ringkas yang mendakwa mereka daripada bank atau syarikat kad kredit anda, atau entiti komersial yang perkhidmatannya anda langgani. Penjenayah menggunakan saluran ini untuk menipu anda supaya anda memberikan maklumat sensitif seperti maklumat peribadi, kad kredit, atau log masuk perbankan Internet.

 

 

 

Perisian Tebusan (Ransomware)

Perisian hasad ini mengubah suai atau menyekat data dalam komputer anda supaya ia tidak berjalan dengan betul atau anda tidak lagi boleh menggunakan data tertentu. Penjenayah hanya akan memulihkan prestasi komputer atau membenarkan anda mengakses data setelah anda membayar wang tebusan yang diminta. Menurut pakar, walaupun wang tebusan dibayar, tiada jaminan untuk mengakses semula data atau komputer anda, atau data dan sistem komputer tidak terjejas.

 

 

 

Pencurian Identiti

Penjenayah siber mencuri maklumat peribadi mangsa untuk manfaat mereka sendiri. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, sesetengah maklumat, seperti tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau nama keluarga ibu sebelum berkahwin, mungkin kelihatan tidak berbahaya. Namun, memandangkan kebanyakan syarikat biasanya meminta maklumat ini untuk tujuan pengesahan, penjenayah boleh menggunakannya untuk mengakses maklumat sensitif anda yang lain. Ia juga boleh dilakukan melalui Trojan atau Phishing.

 

 

 

Penipuan E-Dagang

Urus niaga e-dagang yang paling popular yang dikaitkan dengan penipuan berlaku dalam industri penerbangan, diikuti oleh peruncitan am, elektronik, pentiketan, telekom, pemindahan wang, permainan, pakaian dan lain-lain. Penjenayah menggunakan kaedah seperti memancing data dan mencuri identiti untuk memudahkan jenayah dilakukan.

#UDAEngage

Mark Zuckerberg,
Facebook CEO

People influence people. Nothing influences people more than recommendation from a trusted friend. A trusted referral influences people more than the best broadcast message. A trusted referral is the Holy Grail of advertising.

KUIZ TRIVIA

Share with us your memorable memories
with YBhg Datuk Ahmad Abu Bakar

Pemenang berdasarkan jawapan yang tepat dan paling pantas. Keputusan adalah muktamad dan akan dimaklumkan menerusi e-mel. Hantarkan nama penuh dan bahagian kepada akmalia@udanet.com