E-Nadi: Berita UDA

APRIL 2019

  • THE TEAM

Editorial
Radziah Mohamed Fadzil
Mohammad Hazrell Baddaron
Nor Akmalia Husaini

Contributors
Nor Akmalia Husaini
Dzaqiatul Syahira Asmapi

Creative & Images
Nor Akmalia Husaini
Akhmal Burhanuddin
Zulkifli Hamdan

Dalam edisi ini…

April 2019

Town Hall Bersama
Pengerusi UDA

Sumber: Nor Akmalia Husaini

Click Here

UDA Hadiri Malam
Wartawan Malaysia

Sumber: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Click Here

UDA Terima Kunjungan
LHDN Cawangan KL

Sumber: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Click Here

MyBTHO
Charity Run

Sumber: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Click Here
#UDANews

Town Hall Bersama Pengerusi UDA

Kredit: Nor Akmalia Husaini

Pada 17 April 2019 seawal jam 10 pagi, warga kerja UDA telah berhimpun di Dewan Serbaguna Tingkat 9, UDA bagi mendengarkan Laporan Prestasi Kewangan Kumpulan yang telah disampaikan oleh YBrs. Tuan Haji Zahrin Zakaria, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA) dan mandat daripada YBhg. Datuk Hisham Hamdan, Pengerusi UDA Holdings Berhad.

Turut hadir bersama adalah barisan Pengurusan Kanan UDA yang lain dan kakitangan daripada setiap anak syarikat melalui tayangan siding video. Antara intipati majlis adalah pembentangan ‘Employee Engaement Survey (EES), Penyampaian Anugerah National Convention Team Excellence 2018 (NTeX), penyampaian Anugerah Persaraan dan Khidmat Setia dan Pelancaran Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang dikenali sebagai “UDA Fit”.

Bagi penyampaian Anugerah NTex 2018, sebanyak tiga (3) kumpulan telah berjaya ke peringkat kebangsaan iaitu:

 

Bagi Anugerah Persaraan dan Khidmat Setia pula, seramai lima (5) orang telah menerima anugerah tersebut. Badan Didikan Islam UDA Holdings Berhad (BADIM) turut memberikan wang sumbangan kepada mereka. Mereka terdiri daripada:

Pelancaran Program Promosi Kesihatan di Tempat Kerja yang dikenali sebgai UDA Fit akan bermula pada 18 April 2019 sehingga November 2019. Objektif utamanya adalah untuk menggalakkan warga kerja UDA mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit (NCD) di samping mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan sekali gus dapat meningkatkan produktiviti warga kerja kumpulan UDA.

Peserta akan dibimbing oleh Health Agent sepanjang program berlangsung. Peserta dikehendaki menjalani ujian saringan kesihatan dan pelbagai aktiviti menarik seperti aktiviti fizikal, cabaran mini, pertandingan atas talian dan taklimat kesedaran kesihatan akan dijalankan bagi membantu peserta mencapai matlamat pertandingan UDAFIT.

Hadiah lumayan dan menarik akan diberikan kepada pemenang mengikut kategori Stay Fit, Biggest Loser dan Active Division. Program ini terbuka kepada 100 anggota pekerja UDA di Kompleks Pertama dan dikehendaki mendaftar secara atas talian bermula 18 April 2019 sehingga 25 April 2019. Yuran Komitmen sebanyak RM10 akan dikenakan.

#UDANews

UDA Hadiri Malam Wartawan Malaysia

Kredit: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Pn. Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan bergambar bersama Ahli Lembaga Pengarah MPI semasa penyerahan cek penajaan daripada UDA Holdings Berhad pada 3 April 2019 yang lalu.

Malaysian Press Institute (MPI) telah mengadakan satu majlis bagi menghargai pengamal-pengamal media di Malaysia pada 26 April 2019 bertempat di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. Majlis yang dikenali sebagai Malam Wartawan Malaysia (MWM) tidak asing lagi bagi para pengamal media dalam merebut anugerah terunggul yang telah dipertaruhkan.

Bergambar kenangan bersama agensi kerajaan, organisasi korporat dan pertubuhan media yang turut hadir dalam majlis penyerahan cek penajaan kepada Malaysian Press Institute untuk Malam Wartawan Malaysia.

Pada 3 April 2019, sebanyak 31 organisasi korporat, agensi kerajaan dan juga pertubuhan media telah menyerahkan cek tajaan bagi menjayakan lagi majlis MPI. Antara organisasi yang terlibat adalah CIBD Malaysia, SME Corp, Tenaga Nasional Berhad, Affin Bank Group dan banyak lagi. UDA Holdings Berhad (UDA) juga mengambil peluang dalam memberikan sedikit penajaan untuk majlis tersebut. 

Cek penajaan tersebut telah disampaikan oleh Pn. Radziah Mohamed Fadzil, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan kepada Ahli Lembaga MPI. Melalui sumbangan ini, UDA telah mengambil salah satu inisiatif untuk merapatkan hubungan bersama para pengamal media yang lain.

#UDANews

UDA Terima Kunjungan LHDN Cawangan KL

Kredit: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Pada 4 April 2019, Ibu Pejabat UDA Holdings Berhad (UDA) telah menerima satu lawatan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) cawangan Kuala Lumpur.

Lawatan Muhibbah LHDN Cawangan KL Bandar ini adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada antara LHDN dan UDA. Turun padang daripada LHDN adalah YBrs. En. Huslan Ariffin, Timbalan Pengarah LHDN Cawangan Kuala Lumpur dan YBrs. En. Mohd Ibrahim, Ketua Unit Profiling LHDN. Turut hadir ialah 10 orang pegawai Unit Profiling LHDN.

Selain itu, LHDN juga telah diberikan sedikit perkongsian maklumat mengenai perkembangan dan aktiviti perniagaan UDA sepanjang 48 tahun. Pembentangan tersebut telah dilaksanakan oleh Pn. Radziah Mohamed Fadzil , Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Kumpulan (GCCD).
Barisan Pengurusan Kanan UDA juga turut hadir bersama bagi menyambut kunjungan pihak LHDN ke UDA.

#UDANews

MyBTHO Charity Run

Kredit: Dzaqiatul Syahira Asmapi

Pada 13 April 2019 yang lalu, telah berlangsungnya satu program Larian Amal, MyBTHO Charity Run yang dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Tun Hussein Onn (BTHO), Cheras. UDA Holdings Berhad (UDA) telah menjadi penaja utama untuk program tersebut dan turut membuka gerai pameran bagi mempamerkan projek-projek hartanah UDA seperti Legasi Kampong Bharu dan Dedaun yang bakal dibangunkan di Bandar Tun Hussein Onn.

Objektif program MyBTHO Charity Run ini diadakan adalah untuk menggalakkan penduduk disekitar BTHO dan luar Kawasan BTHO untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan juga mengeratkan ukhwah di antara kariah Masjid BTHO dan penduduk setempat.

Turut hadir bagi memeriahkan lagi larian amal ini adalah YBrs. Tuan Haji Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah dan YBhg. Datuk Ahmad Tajuddin Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pengurusan Aset. Program larian amal yang julung kali diadakan itu telah berjaya menarik sambutan seramai hampir 600 orang peserta larian.

Program larian amal MyBTHO Charity Run ini juga telah dimeriahkan lagi dengan gerai-gerai jualan makanan dan minuman. Pihak masjid juga telah menganjurkan Sukan Rakyat seperti tarik tali dan karom untuk penyertaan kariah Masjid BTHO.

Acara penyampaian hadiah bagi pemenang peserta-peserta lain telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Noor Azmi Salleh, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Pembangunan Hartanah.

Motivational Quote